pokerqiu
"Saya kesal kerana terlalu mengikut kata hati sampai tidak lagi kenal diri. Semuanya berpunca daripada salah pergaulan. Saya terlalu naif dan hanya mengikut cakap orang sampai akhirnya, masa depan jadi korban.
"Hari ini, saya mendapatkan jawaban dan pengajaran terbesar dalam hidup. Kesannya masih terasa apabila saya dilihat hina pada mata masyarakat.
"Namun, apa yang berlaku itu juga membawa saya lebih erat dengan Allah SWT," kata pelakon Fathia Latiff, 31, yang mengakui, kesan kesilapannya itu masih dirasai apabila beliau berterusan dihambat kecaman masyarakat biarpun sudah enam bulan kontroversi video aplikasi Bigo Live berlalu
Kesan kejadian itu, Fathia berkata, pernah pada satu tahap beliau berasa jiwanya ibarat mati sampai mampu bertindak memalukan diri. Namun, beliau bersyukur kerana Allah segera menegurnya supaya tidak terus hanyut.
Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama 'Ariana Rose', 'Dia Isteri Luar Biasa' dan 'Plan Cinta Tak Jadi' itu berkata, beliau sudah insaf dan bertekad meninggalkan perbuatan yang menghancurkan hidupnya.
Klik untuk gambar besar
Tambah Fathia, episod hitam yang berlaku dikala mencari ketenangan dengan bercuti di London pada Disember kemudian menyedarkannya daripada lamunan panjang.
"Allah SWT menjentik saya dengan satu kejadian yang menyebarkan saya tersedar. Saya mula terfikir satu persatu kesilapan, menyebarkan saya aib dengan diri.
"Dari London, saya ke Ireland untuk bertemu adik, Fasiha Latiff. Di situ, saya muhasabah dan mula mendekatkan diri dengan-Nya.
"Saya mahu memperbaiki diri dan tidak ingin mengulangi kesilapan lalu. Pinta saya, berilah peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
No comments:
Post a Comment