daftar bandarq
Penyanyi Zizi Kirana yang merupakan bekas mahir kumpulan hip hop Fabulous Cat itu semenjak kebelakangan ini sering memuatnaik foto-foto seksi di akaun Instagramnya sehingga menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, menerusi InstaStory, Zizi kongsikan 14 syarat yang perlu dipenuhi oleh lelaki yang ingin menjadi bakal suaminya.
Antaranya, bakal suami mestilah seorang yang tidak mengamalkan pergaulan bebas, bukan kaki mabuk dan kelab malam. Bakal suaminya juga perlu memiliki pendapatan minimun RM5,000, bebas hutang dan lancar membaca Al-Quran.
Dari segi paras rupa pula, Zizi tidak meletakkan syarat namun cukuplah sedap mata memandang. Paling penting dan syarat paling susah adalah bakal suaminya mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.
Klik untuk gambar besar
Ini antara 14 syarat untuk menjadi bakal suami Zizi Kirana: -
1. Sedap mata memandang
2. Pergaulan tidak bebas
3. Tidak bikin panas
4. Bukan kaki arak & kelab malam
5. Tidak mengungkit
6. Tidak kedekut
7. Bukan kaki stalk wanita lain
8. Pandai photoshoot
9. Beradab bukan biadab
10. Bebas hutang
11. Pendapatan minimum RM5k
12. Sanggup buat apa saja untuknya dan keluarganya
13. Lancar baca Al-Quran
14. Penyokong Arsenal
Agak-agak ada tak lelaki di luar sana yang cukup 14 syarat ini? Boleh la cuba.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
No comments:
Post a Comment